Profile Pemilik Blog

Wednesday 30 November 2011

Rujukan tambahan untuk yang meminati Sains

PETA MINDA UNTUK GURU DAN PELAJAR

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Saya telah menggunakan peta minda yang saya hasilkan sendiri sejak  5 tahun lalu dalam bilik darjah saya. Berdasarkan kepada pengalaman saya, saya mendapati proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa.

Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Peta minda yang asalnya bersaiz A4 telah dibuat salinannya kepada kertas  bersaiz A3 yang lebih besar supaya lebih mudah dibaca. Jika  bab yang diajarkan adalah panjang, maka peta yang kedua, ketiga dan  seterus akan saya hasilkan.

Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Gambarajah yang kecil yang kurang jelas dengan mudah dibesarkan untuk paparan pelajar.

Kini Telah Ada Peta Minda Yang Memudahkan Anak-anak Anda Mempelajari, Menghafal dan Menyemak Pelajaran Sains UPSR dan PMR Mereka Sebelum  Menduduki Peperiksaan. Anda Tidak Perlu Bersusah Payah Lagi Untuk Menghasilkan Peta Minda Untuk Mereka Kerana Semuanya Telah Disediakan Untuk Anda!!

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah.  Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri.  Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Peta minda juga lebih memudahkan anak-anak murid serta anak-anak anda mempelajari, menghafal dan menyemak pelajaran sains sebagai persedian sebelum  menduduki peperiksaa.


PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK

"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).
Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk "Basic Needs", satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tahun 4.

Sila klik peta minda di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat


Perhatikan betapa mudahnya seorang pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang  bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting.

kata-kunci dan rajah-kunci

Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan  yang betul. Ini adalah untuk memastikan  supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya.

Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap  fakta tersebut.

Label huruf dan nombor serta gambar


Label huruf dan nombor serta gambar

Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan  kerana ia telah di"peta"kan ke dalam fikiran anda.


LIHAT CONTOH

Sila lihat beberapa contoh dari "Mind Maps For Science UPSR E-Book" di bawah. Anda boleh lihat dari dekat beberapa contoh peta minda yang terpilih dengan hanya mengkliknya. Pastikan komputer anda terpasang dengan perisian Adobe Acrobat Reader. Sila tunggu untuk beri masa fail tersebut dimuatturun. Perkataan "Contoh" tidak ada dalam "E-Book" peta minda yang sebenar. Anda dipersilakan untuk mencetaknya untuk melihat peta minda tersebut di atas kertas.



Tahun 4 :

Life Processes




                                                        Materials

                        


                                           The Earth And The Universe
              
                             

                                               Tahun                                                   
Microorganisms

  


                             Survival Of The Species

          

                              
                         The Earth, The Moon and The Sun

       


  Interaction Among Living Things


        


              Eclipses

       

                                                       
          Machines

  




 MENGULANGKAJI PETA MINDA



Mengikut kajian, ingatan  pelajar akan menurun selepas waktu tertentu. Oleh itu, adalah penting bagi seorang pelajar yang telah mempunyai peta minda mengulangkaji peta mindanya dari masa ke samasa. Adalah dicadangkan seorang pelajar mengulangkajinya selepas 1 jam sesi pembelajaranya. Tujuannya adalah untuk pelajar tersebut mula memetakan mindanya dengan maklumat yang telah dipelajarinya.
Ulangkaji yang pertama mungkin memakan masa yang agak panjang kerana maklumat dan fakta tersebut masih baru. Ulangkaji seterusnya harus dilakukan pada hari berikutnya. Pada ulangkaji kedua ini seorang pelajar sudah mula mengingati lebih banyak fakta, manakala cabang-cabang peta yang tersedia pula semakin banyak dicetakkan ke dalam mindanya. Masa untuk mengulangkaji akan menjadi semakin pendek kerana ingatannya semakin baik. Ulangkaji yang seterusnya akan menambahkan lagi daya ingatan dengan masa  yang lebih pendek.
Jika pelajar mengulangkaji peta mindanya secara berterusan, tidak mustahil beliau boleh memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan beliau hanya perlu membuat ulangkaji sepintas lalu bagi memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, apa saja maklumat yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperukan. Yang pasti kejayaan akan menunggu!

No comments:

Post a Comment