Profile Pemilik Blog

Thursday 1 December 2011

Keselamatan Di Makmal

Sains umumnya dan Pendidikan Fisika khususnya. "Ilmu tanpa nurani adalah kehampaan,nurani tanpa ilmu adalah keniscayaan yang tak akan terwujud". "Kecerdasan seseorang bukan diukur hanya dari seberapa hebat dia menguasai ilmu, melainkan lebih pada bagaimana seseorang tersebut dapat memanfaatkan ilmunya"

Dasar Sains dan Teknologi Negara(STN) memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, banyak kaedah yang boleh digunakan oleh guru seperti
kaedah eksperimen, kaedah perbincangan, kaedah simulasi, kaedah projek, lawatan, kajian masa depan,
dan sebagainya. Menurut Abu Hassan (2003), kaedah merujuk kepada tindakan yang sistematik untuk
mencapai objektif sesuatu pengajaran, di mana ia mempunyai ciri-ciri ‘procedural’ tertentu. Penggunaan
pelbagai kaedah yang sesuai akan meningkatkan minat pelajar terhadap sains. Pelajar akan cepat merasa
bosan dengan pengajaran sains yang tidak menarik dan stereotaip; seterusnya mengakibatkan pencapaian
mereka dalam mata pelajaran sains terjejas. Walaupun begitu, penentuan kaedah pengajaran dan
pembelajaran ini hendaklah berdasarkan kepada kandungan kurikulum, kebolehan sedia ada dan
kepelbagaian jenis kecerdasan pelajar serta sumber dan kemudahan yang ada.

Terdapat sebab dan akibat kepada masalah ini jika ianya dibiarkan berlarutan tanpa ada satu tindakan
yang khusus untuk menanganinya sebelum ada nyawa yang terkorban akibat daripada sikap tidak apa itu.
Seharusnyalah setiap pelajar mempunyai perasaan yang mendalam tentang kesedaran mematuhi peraturan
keselamatan makmal ketika menjalankan amali supaya keselamatan pelajar terjamin disamping dapat
menimba pengalaman baru. Oleh itu kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah
tahap kesedaran pelajar khususnya pelajar-pelajar menengah rendah tentang kepentingan menjaga
keselamatan diri dan pelajar lain semasa menjalankan aktiviti eksperimen. Ini termasuklah mengetahui
dan memahami langkah-langkah keselamatan dalam makmal dan tindakan-tindakan yang wajar yang
sepatutnya diambil apabila berlakunya kemalangan semasa aktiviti eksperimen tersebut dijalankan.
Diharap dengan kajian ini, akan timbul kesedaran yang mendalam di kalangan pelajar tentang pentingnya
mengambil langkah berjaga-jaga. Ini adalah perlu sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku semasa
menjalankan aktiviti amali sains mahu pun aktiviti-aktiviti amali bagi mata pelajaran yang lain. 

Walaupun ramai yang menyedari tentang adanyperaturan keselamatan di dalam makmal sains berbanding hanya sebilangan kecil sahaja yang tidamenyedarinya. Walaupun bilangan yang tidak menyedari tentang kewujudan peraturan keselamatamakmal sains ini agak kecil, namun tindakan yang wajar harus diambil sebelum bilangan ini menjadsemakin besar disebabkan sikap tidak peka sesetengah pihak. Majoriti yang menyedari tentang kewujudaperaturan keselamatan makmal ini adalah daripada guru sebagai sumber maklumat mereka.


No comments:

Post a Comment